Tahukah anda...?
1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,  jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai  diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang  diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa  Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh  dikenali dengan nama papa Razzi.
2. Tahukah Anda bendera negara  Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling  lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap  bendera.
4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar  diasaskan oleh Richard Martin
dari Ireland pada tahun 1824. Lagu  Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
khas buat pemain, peminat serta  persatuan2 bolasepak amnya pula
dinyanyikan oleh Ricky Martin.
5.  Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu  (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
Sepanyol.  ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
yang  menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
hanya  biasa digunakan room dot dot dot)
6. Tahukah Anda kedua belah  kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki kanan dan  sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi  tentunya besarnya juga tidak sama.
7. Tahukah Anda magnet ialah  sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya  magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain  kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah  magnet.
8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila  diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia  akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi  atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.
9.  Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala  hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap  walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai  alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi  perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia  berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang  kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar. 
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun  disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli  gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak  membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang  tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan  dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda antara  kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah  lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah  membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
14. Tahukah Anda  ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu  lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan.  Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan  hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita. 
15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah  anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak  ada gunanya.
so moral value yg kite leh dpat dri fakta ni...jgn tinggal semayang..huhu

3 org duk mengata..:
hekelehhh, ni nampak sgtcopy sejibik dari website..ingt aku xpenah bace ke/...hahahha...kantoiiiii
standard r tu copy mngopy... bloggerz lain pon rmai gops gtu. ngeeeee
jad: camni r jad beginner blogger..x tau nk ltk pe...copy mengopy je laa..huhu..
yua zawa: tu laa copy mengopy ni mmg dh lumrah idupkan zaa orkk..
Post a Comment